NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penilaian GDP Harus Dalam Ringgit



Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (LEPU) ingin memberikan respon tehadap cadangan daripada Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) bahawa penilaian Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) harus dilakukan dalam matawang Amerika USD. Sebagaimana yang dilaporkan oleh harian The Edge pada 24 Ogos 2017, Presiden FMM Tans Sri Dr. Lim Wee Chai menyatakan bahawa sebagai negara yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa, nilai GDP Malaysia dalam situasi sebenar akan menguncup sekiranya dikira dalam USD.

Perlu ditekankan bahawa penilaian GDP adalah dalam faktor penggunaan, pelaburan, berbelanjaan kerajaan dan ekspot impot. Jesteru itu, penilaian yang diamalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekarang adalah mewakili keadaan sebenar ekonomi negara. Ini adalah kerana pertimbangan-pertimbangan berikut:

1. Formula penilaian GDP sudahpun mengambil kira nilai imbangan pembayaran ekspot dan impot. Oleh itu sekiranya berlaku pergerakan yang marginal atau substantif dalam nilai Ringgit, ianya telah pun diambil kira sebagaimana sepatutnya. Bagi menghasilkan nilai hakiki pertumbuhan 5.8% untuk suku kedua (2Q) 2017, sudah pasti nilai imbangan ekspot impot adalah dalam julat positif.

2. Antara elemen utama dalam penilaian GDP adalah penggunaan dan pelaburan, samada yang dilakukan oleh sektor swasta ataupun awam. Jesteru itu bagi menghasilkan pertumbuhan positif, nilai penggunaan dan pelaburan adalah juga positif dan substantif. Nilai penggunaan dan pelaburan yang kukuh juga mampu untuk menampung imbangan ekspot impot, walaupun jika ianya bernilai negatif bagi membolehkan pertumbuhan positif dihasilkan. Dalam kes GDP untuk 2Q, nilai penggunaan sektor swasta adalah tumbuh pada 7.1% manakala pelaburan pada 7.4%.

3. Ekonomi Malaysia termasuk seluruh struktur dan infrastrukturnya adalah berada dan beredar dalam dinamika eko-sistem Ringgit. Jesteru penilaian yang lebih tepat hanya boleh diwakili dalam Ringgit. Sebarang sensitiviti yang berlaku dalam perdagangan antarabangsa telahpun diambil kira dalam proses penilaian GDP bagi menghasilkan nilai hakiki sebenar.

Oleh itu LEPU perpandangan penilaian GDP haruslah dilakukan dalam nilai Ringgit.

Sekian.


MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat (LEPU)

06 Zulhijah 1438
27 Ogos 2017

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo