NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin: Rafizi tidak perlu bawa hal parti kepada media



PUCHONG: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas keperluan mengadakan kongres khas peringkat kebangsaan untuk membincangkan konflik kerjasama parti itu dan PAS, seperti yang digesa Rafizi Ramli.

Menyifatkan kongres khas itu sebagai satu pandangan peribadi, beliau juga mengingatkan pemimpin-pemimpin parti untuk tidak membawa urusan dalaman parti kepada pihak luar, termasuk media.

"Itu adalah pandangan peribadi yang tidak dibincangkan oleh parti. Dalam mana-mana organisasi perbezaan pandangan dan pendekatan memang berlaku.

"Namun kepimpinan membawa maksud kita mesti mempunyai keupayaan untuk menguruskan perbezaan pandangan dan pendekatan dengan bijaksana dan tertib.

"Tidak ada keperluan untuk mendedahkan perkara ini kepada media kerana kepimpinan yang ada pada masa ini dipilih oleh akar umbi, maka kita kena beri mandat kepada kepimpinan," ujarnya kepada pemberita.

Azmin ditemui selepas merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelenggaraan Pasca Penutupan 3 Tapak Pelupusan Sanitari, Pelancaran Sistem E-World dan Coffee Table Book di Air Hitam Landfill Park, pagi tadI.

http://antarapos.com/bm/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WobJVobQ==

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo