COVID-19: Malaysia kembali melandai

Perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia hari ini (6 Julai) kembali melandai dengan lima (5) kes baharu dan jumlah kes sedang rawat menurun kepada 71 orang serta jumlah pesakit yang dirawatpulih/sembuh bertambah 11 orang. Ia menjadikan kumulatif pesakit yang sembuh seramai 8,476 orang berbanding semalam 8,465 orang. Jadi, peratus sembuh berbanding keseluruhan kes positif ialah 97.79% dan kadar kebolehjangkitan menurun kepada 0.82% (71 daripada 8,668 kes) berbanding semalam 0.89% (77 daripada 8,663 kes).



Merujuk kepada kelok garisan di atas, bermula 1 Julai, kes baharu terendah (satu kes) di Negara kita, tetapi bertambah pada hari-hari berikutnya sehingga kepada titik 10 kes pada 4 Julai (lihat jadual di bawah). Seterusnya kembali melandai kepada lima (5) kes baharu pada hari ini dan semalam. Ia jelas melandai dengan nilai satu digit.



Begitu pula, jadual di atas menunjukkan prestasi kes yang berjaya dirawatpulih pada hari ini kembali kepada dua digit (11 orang), berbanding semalam hanya empat orang. Realiti ini (keupayaan pasukan perubatan merawatpulih pesakit COVID-19) adalah sesuatu yang pasti, meskipun Negara kita masih belum ketemukan vaksin pembunuh virus COVID-19 yang menular semenjak pertengahan Februari lalu. Hal ini membuktikan penularan Wabak COVID-19 adalah semakin baik dengan kadar kebolehjangkitan terendah (71 kes).

Apapun kita tetap bersyukur, kerana sehingga kini tiada kes kematian, dan kekal dengan rekod 121 kematian sahaja. Hal ini menambahkan keyakinan kita Warga Negara, bahawa segala daya usaha pihak bertanggungjawab sebelum ini semakin berhasil, meskipun tanpa vaksin yang khusus. Apa yang pasti nilai kejayaan mengekang penularan Wabak COVID-19 sedang menegang rantaian dan bakal putus di penghujung bulan Julai ini. Ins sya Allah.

Bersama-sama kita terus berdoa, agar dipermudahkan segala langkah bagi membebaskan Negara kita daripada Wabak COVID-19 yang banyak menguji kita.

WalLahu'alam.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post