NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Iran catat jangkitan tertinggi 3,574 kes COVID-19 dalam sehari


TEHRAN: Iran mencatatkan 3,574 kes baharu COVID-19 hari ini, menjadikannya jangkitan harian tertinggi di negara itu sejak wabak bermula pada Februari lalu.

Malah, jangkitan melebihi 3,000 kes itu dicatatkan selama empat hari berturut-turut manakala kadar jangkitan harian tertinggi sebelum ini ialah 3,186 kes pada 30 Mac lalu ketika permulaan wabak.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour, berkata peningkatan mendadak kes baharu itu mungkin disebabkan ujian saringan lebih meluas berbanding jangkitan gelombang kedua, di mana Iran menjalankan lebih sejuta ujian.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan mengambil langkah melaksanakan kempen kesihatan awam sebagai peringatan kepada rakyat untuk melindungi diri dan mematuhi penjarakan sosial.

Jurucakap Kementerian Kesihatan itu berkata, seramai 59 orang mati akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka kematian terkumpul 8,071 orang manakala 164,270 orang dijangkiti wabak itu di Iran. - AFP

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/06/696421/iran-catat-jangkitan-tertinggi-3574-kes-covid-19-dalam-sehari

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo