NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bayi antara 13 maut serangan di hospital Kabul



KABUL: Seramai 13 terbunuh dalam serangan bersenjata yang menyasarkan hospital bersalin di ibu kota Afghanistan, Kabul semalam, turut mengorbankan dua bayi.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Tareq Arian, berkata serangan militan itu mengorbankan ibu, jururawat dan bayi.

Lebih daripada 100 mangsa termasuk tiga warga asing diselamatkan pasukan keselamatan yang mengambil masa berjam-jam itu.

Tidak lama kemudian, militan Daish melancarkan serangan berani mati di satu majlis pengebumian komander polis di Nangarhar, timur Afghanistan, menyebabkan 24 orang maut dan 68 lagi cedera.

Presiden Ashraf Ghani menyalahkan kumpulan Taliban dan militan Daish atas kedua-dua serangan berkenaan.

"Hari ini, kita menyaksikan kumpulan Taliban dan militan Daish menyerang hospital dan majlis pengebumian, di samping beberapa serangan lain di negara ini," katanya menerusi siaran televisyen. - AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo