COVID-19: Seorang lagi ahli politik Iran meninggal dunia



IRAN: Seorang lagi ahli politik kanan Iran dilapor meninggal dunia akibat COVID-19.

Menurut agensi berita tempatan, diplomat dan bekas duta ke Syria, Hossein Sheikholeslam menghembuskan nafas terakhir pada Khamis.


Sheikholeslam bertugas sebagai penasihat kepada Menteri Luar Negara, Javad Zarif.

Mengikut rekod, sejumlah 8 peratus Ahli Parlimen negara itu telah dijangkiti wabak berkenaan termasuk Timbalan Menteri Kesihatan dan seorang naib presiden, lapor CNN.

Terdahulu, Mohammad Mirmohammadi yang merupakan penasihat kanan kepada Ayatollah Ali Khamenei telah meninggal dunia di sebuah hospital pada Isnin akibat jangkitan wabak berkenaan.

Susulan kes, Tehran melarang pegawai kerajaannya daripada keluar negara dan menangguhkan sidang Parlimen.

Sumber:http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-seorang-lagi-ahli-politik-iran-meninggal-dunia-232714

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post