BANGI, 30 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH).
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, keputusan itu dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dalam mesyuarat khas yang diadakan semalam.
"Semua Ahli Dewan Rakyat dari BERSATU juga dengan ini keluar PH. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
"Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara," kata beliau dalam satu kenyataan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.
Peletakan jawatan dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam PH sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.
DENGAN perasaan yang berat sebenarnya, saya mesti merungkai dan menjelaskan persoalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang ...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment