Sugarbook: PH makin mengarut, normalisasikan maksiat


oleh: USTAZ AZHAR YAHYA

KONSEP Rahmatan Lil ‘Alamin dilihat semakin mengarut aplikasinya oleh Kerajaan PH.

Agenda normalisasi maksiat semakin jelas di dalam tindak tanduk masyarakat yang memanfaatkan kerajaan yang lemah pendekatan keagamaannya bahkan hingga menimbulkan pertanyaan adakah sememangnya Kerajaan PH ini kerajaan yang pro-maksiat?

Tiada sensitiviti dengan kemaksiatan yang sememangnya bertentangan dengan nilai keagamaan sejagat melainkan nafsu syaitani sahaja.

Terlebih sensitif dalam bab asap rokok yang semangat pengawalannya umpama buih minuman kola. Tetapi mesra sangat dengan air syaitani, sampai boleh diminum di serata bumi, bahkan diungguli dengan pestaan tatkala menjelang Oktober.

PAS Wilayah Persekutuan melihat dengan penuh serius segala perkembangan unsur syaitani ini. Kini muncul lagi unsur syaitani yang sepertinya cuba menormalisasikan pelacuran kelas atasan melalui iklan mukadimah zina Sugarbook.

Maka PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan pemasangan papan tanda Sugarbook yang dipercayai dipasang di Bangsar dan Mont Kiara. Tindakan tersebut bukan sahaja dilihat bertentangan dengan agama, budaya dan norma masyarakat setempat, bahkan telah mencemar nama baik negara ini.

Pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil kira pelbagai perkara sebelum meluluskan pemasangan sesuatu iklan serta tidak bertindak sambil lewa dalam penguatkuasaan sehingga boleh mendatangkan persepsi negatif kepada pentadbiran bahkan diambil kesempatan oleh entiti berunsur Dajjal mengenengahkan agenda mereka.

Justeru, PAS Wilayah Persekutuan mendesak agar papan tanda berkenaan dan yang sama sepertinya tidak lagi wujud di Ibu Kota Rahmatan Lil ‘Alamin ini dan berharap ia tidak terus berulang pada masa akan datang serta pihak yang berkenaan dikenakan tindakan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

USTAZ AZHAR YAHYA ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
Rabu, 21 Rabi’ul Akhir 1441H | 18 Disember 2019
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget