PRU15: PAS mula persiapkan jentera pilihanraya lebih awal


 KUCHING: Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat telah melancarkan modul Institut Latihan Pilhan Raya PAS (ILPAS) 3.0 sempena Seminar dan Pelancaran Modul ILPAS di Hotel Grand Continental, di sini kelmarin.

Perasmiannya telah disempurnakan Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dengan kehadiran padu dari Jentera Pilihan Raya PAS Pusat dan Jentera Pilihan Raya PAS Negeri-negeri.

Pelancaran tersebut sekali gus menjadi isyarat kesiapsiagaan PAS untuk memasuki gerbang persaingan PRU15 dan signifikannya yang mengawali dari itu adalah bagi menghadapi PRN Sarawak Ke-12.

Acara majlis diisi dengan sesi 'Strategi Talk' oleh Timbalan Ketua Pengarah I Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Wan Nik Wan Yussof diikuti pembentangan tujuh Modul ILPAS 3.0 yang memperkenal tiga modul tambahan.

Ianya meliputi modul akidah, perundangan, organisasi, strategi, teknikal, millenials dan informasi yang akan menjadi asas latihan untuk petugas Pilihan Raya PAS bagi setiap negeri.

Turut berucap pada majlis itu adalah Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor serta Timbalan Ketua Pengarah II Pilihan Raya PAS Pusat, Rahimin Mustafa.

Anggota Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat yang bersama pada majlis ini adalah Timbalan Pengarah III, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan dan Timbalan Pengarah IV, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden serta Timbalan Pengarah V, Muhtar Suhaili.

Turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak dan Sabah, Jofri Jaraiee dan Aminuddin Aling serta Setiausaha Pilihan Raya PAS Pusat, Mohd Nasir Daud dan Bendahari Pilihan Raya PAS Pusat, Mohd Adram Musa dan ramai lagi.

Untuk rekod, PAS memiliki satu akademi sistematik berperanan menyusun latihan komprehensif kepada ahli PAS yang dinamakan ILPAS dan telah dilancarkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 20 Jun 2010.

- HARAKAHDAILY 6/8/2019

https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12333-modul-ilpas-3-0-siapkan-jentera-pilihan-raya-pas
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget