Mohd Asri cadang Kula Segaran, Zakir Naik berdialog


MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran mengadakan dialog secara terbuka dengan pendakwah Dr Zakir Naik dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilai dan membuat keputusan berhubung status pendakwah itu.

Menurut Mohd Asri, cadangan itu diutarakannya bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak memberikan hujah masing-masing secara adil.

Beliau berkata, pendekatan itu juga bertepatan dengan suasana Malaysia baharu yang diperjuangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya cadangkan Kula Segaran berdialog dan kemukakan bukti-bukti sekiranya beliau seorang ahli politik yang matang dan yakin Zakir telah memainkan isu perkauman,” kata Mohd Asri seperti dilaporkan portal berita Sinar Harian pada Ahad.

Mohd Asri sebelum itu menyempurnakan majlis penutup Malaysia Reverts Camp di Kangar, Perlis.

Katanya, beliau sendiri akan meminta Zakir meninggalkan Malaysia sekiranya terbukti pendakwah itu memainkan isu perkauman di negara ini.

"Jika Kula Segaran dapat buktikan dengan hujah sehingga Zakir tidak dapat menjawab mengenai apa yang dia dakwa mengenai isu perkauman itu, saya sendiri akan menjadi orang pertama suruh Zakir keluar dari negara ini,” tegas Mohd Asri lagi.

Pada Sabtu, Naib Presiden DAP itu menegaskan tidak akan memohon maaf kepada Zakir susulan kenyataannya yang menggesa tindakan diambil terhadap pendakwah dari India itu.

Kula Segaran dilaporkan berkata, dakwaan Zakir terhadap masyarakat India dan Cina di negara ini jelas menggambarkan penceramah itu mempunyai hasrat mewujudkan perpecahan kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mohd-asri-cadang-kula-segaran-zakir-naik-berdialog-215274
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget