NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Statut Rom: Malaysia tarik diri




PUTRAJAYA, 29 Rejab 1440H, Jumaat – Malaysia memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Statut Rom, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini,

"Terlalu banyak kekeliruan berhubung Statut Rom, jadi kita tidak akan teruskan," kata Dr Mahathir pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas Kabinet membincangkannya semula, selain mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk Majlis Raja-Raja Melayu.

"Sama ada kita teruskan Statut Rom ini atau tidak, jika kamu melanggar undang-undang, kerajaan tetap akan ambil tindakan terhadap kamu. Dalam situasi ini kita (kerajaan) faham ada gerakan politik sesetengah pihak untuk mendapatkan sokongan daripada Institusi Raja-Raja agar menentang kerajaan ini.

"Itu motif pihak berkenaan yang cuba mewujudkan kekeliruan mengenai ratifikasi ini. Kita mempunyai keputusan Kabinet pagi ini di mana kerajaan tarik balik ratifikasi Statut Rom kerana kekeliruan yang telah diwujudkan oleh pihak terbabit," katanya.

Perdana Menteri menjelaskan, bukan kerana statut itu berbahaya kepada negara, tetapi untuk menidakkan tindakan sesetengah pihak cuba menjayakan rancangan politik mereka.

Katanya, Statut Rom mengenai Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang diratifikasi pada 4 Mac lalu tidak memberi impak negatif kepada negara.

"Sebaliknya, jika sesebuah negara melakukan tindakan melampau seperti Myanmar dalam pembunuhan etnik Rohingya. Ianya boleh diambil tindakan di bawah statut berkenaan," katanya.

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, di Malaysia tiada masalah diskriminasi, pembunuhan, rompakan, pengabaian kaum atau agama.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo