NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pencerobohan Hasil Laut: Perkasakan Perjawatan Penguatkuasaan Maritim


1. Banyak kali saya memanjangkan kerisauan saya terhadap masalah kehadiran bot nelayan Vietnam yang menceroboh hasil laut di Parlimen. Saya kira kita kena akui bahawa memang penguatkuasaan kita lemah dan kerana itu mereka berani datang malah secara bersindiket menyebabkan kerugian hasil laut yang sangat besar terpaksa ditanggung Malaysia.

2. Melihat kepada perjawatan APMM yang agak kecil terutamanya bagi bahagian penguatkuasaan maritim negeri dan tiada perjawatan disediakan bagi perjawatan untuk botronda di bawah Polis Marin PDRM mengakibatkan tugas-tugas penguatkuasaan maritim tidak dapat dilakukan secara lebih berkesan.

3. Susulan pembentangan RUU Perbekalan Tambahan 2018, saya berpandangan penambahan peruntukan juga sepatutnya diberikan untuk pengukuhan perjawatan terutamanya melalui penambahan anggota penguatkuasa serta pos kawalan bagi 3 agensi utama iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan Polis Marin PDRM bagi menyelesaikan masalah ini dengan segera.

4. Sebarang penambahan aset perlu disekalikan dengan kesediaan sumber manusia Maritim Malaysia dan pertambahan jawatan membolehkan ketiga-tiga agensi ini menjalankan penguatkuasaan dengan lebih rapi, ketat serta tegas melalui rondaan pemantauan berkala yang lebih kerap. Pemantauan secara mengejut juga dapat dilakukan selain dari pemantauan berjadual bagi mengelak pergerakan disedari oleh penceroboh nelayan asing ini.


Haji Ahmad Amzad Hashim ialah Parlimen Kuala Terengganu (P036)

5 April 2019/ 29 Rejab 1440H

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo