Nasib Peneroka dan Pekebun Kecil Tidak Lagi Terbela


oleh: Wan Rohimi Wan Daud
28 Rejab 1440 | 4 April 2019

Sudah hampir setahun Pakatan Harapan memenangi PRU 14 dan menjadi Kerajaan Persekutuan, sudah hampir setahun juga segala janji manis kepada peneroka dan pekebun kecil masih lagi tidak tertunai dan nasib mereka masih lagi tidak terbela.

Janji untuk melupuskan dan mengurangkan beban hutang peneroka, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat FELDA dan menaiktaraf kehidupan peneroka masih lagi tidak nampak bayangnya. Lebih memeritkan lagi, harga minyak sawit jatuh teruk di pasaran global dan berkemungkinan berdepan dengan boikot daripada Kesatuan Eropah.

Kerajaan Pakatan Harapan seolah – olah tidak ada solusi ataupun tidak tahu bagaimana menyelesaikan permasalahan peneroka, pekebun kecil mahupun FELDA. Sehingga ke hari ini tidak satu pun pelan jangka pendek mahupun jangka panjang yang di bentangkan samada kepada umum mahupun di Parlimen untuk di realisasikan. Jelas apa yang di hidangkan ketika PRU 14 lalu hanya omogan kosong semata – mata dengan niat untuk memancing undi.

Apa yang berlaku sekarang menunjukkan Kerajaan Pakatan Harapan tidak kompetitif, tidak mempunyai kredibiliti dan keupayaan untuk menyelesaikan permasalahan FELDA, peneroka, pekebun kecil dan yang berkaitan dengannya. Sepatutnya dengan masa yang sudah berlalu, Kerajaan Pakatan Harapan sudah mampu menyediakan sekurang – kurangnya satu pelan jangka pendek untuk meringankan beban peneroka, pekebun kecil dan sekurang – kurangnya mampu menyelesaikan masalah – masalah kecil yang berlaku di dalam FELDA.

Minyak sawit yang berhadapan dengan kejatuhan harga yang teruk di pasaran dunia dan bakal di boikot oleh Kesatuan Eropah makin meresahkan peneroka dan pekebun kecil kerana ia akan menjejaskan pendapatan mereka. Ia juga bakal merencatkan pertumbuhan FELDA kerana berdepan dengan pengucupan pendapatan yang agak besar serta menyukarkan FELDA untuk merealisasikan pelan pemulihannya jika berdepan dengan kekurangan dana akibat pengucupan keuntungan.

Menteri Industri Utama sepatutnya mencari jalan penyelesaian dengan mencari pasaran baru bagi minyak sawit negara ataupun mengarahkan agensi di bawahnya untuk meningkatkan innovasi bagi mempelbagaikan kegunaan minyak sawit sebagai penyelesaian jangka pendek. Dalam keadaan sekarang Menteri Industri Utama sepatutnya cuba berunding dengan Kesatuan Eropah untuk mengelakkan minyak sawit keluaran negara di boikot ataupun tidak langsung di beli kerana jika berlaku, ianya akan menjejaskan puluhan ribu peneroka termasuk FELDA sendiri.

Namun apa yang dapat di lihat hanyalah kempen yang boleh di anggap “ political stunt “ oleh Menteri terbabit seperti minum sesudu minyak sawit untuk kelihatan muda yang mana ia tidak mampu menyelesaikan permasalahan yang berlaku sekarang. Pakatan Harapan bukan lagi pembangkang, bertindaklah dengan menjadi Kerajaan seperti yang di janji. Jangan hanya pandai berjanji namun satu pun tidak di tepati. Jelas, nasib peneroka dan pekebun kecil masih lagi tidak berubah bahkan makin parah. Tidak mustahil satu hari nanti FELDA juga akan rebah menyembah bumi.

Wan Rohimi Wan Daud ialah Pengerusi,Lujnah Pembangunan Tanah, Perumahan, Peneroka Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asal, PAS Pusat.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget