NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perarakan LGBT menghairankan alam haiwan - Mufti Perlis


KUALA LUMPUR : Tindakan kumpulan yang berarak di ibu negara sambil melaungkan agar gaya hidup songsang diiktiraf dianggap sebagai bukan saja bertentangan dengan fitrah manusia, malah sesuatu yang 'menghairankan alam haiwan' sendiri.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas sedemikian dalam satu kenyataan di laman Facebook DrMAZA.com, berkaitan tindakan sekitar 1,000 penyokong kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang berhimpun di sekitar kawasan awam di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Mohd Asri antara lain menyatakan bahawa manusia biasanya berkumpul dan melaungkan perasaan untuk menuntut hak yang Tuhan berikan namun telah dicabuli, ataupun mencari kebaikan demi membela fitrah insani.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila tindakan kumpulan LGBT itu bukan sahaja mendedahkan keaiban mereka malah mencerminkan kecacatan fitrah mereka.

"Perarakan seperti itu bukan sahaja menghairankan manusia yang menuruti fitrah yang Allah tetapkan, tapi ia juga boleh menghairankan alam haiwan yang sentiasa berada atas ketetapan ciptaan Tuhan," ujarnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo