NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin arah KPN siasat secara terperinci kes penemuan berhala di surau

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) – Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyiasat secara terperinci pihak yang bertanggungjawab meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda, Klang.

Menyelar perbuatan terkutuk berbaur hasutan dan amat provokatif yang berniat jahat untuk menghina Islam dan menjejaskan keharmonian kaum dan agama.itu, Muhyiddin berkata tindakan tegas berasaskan undang-undang perlu diambil terhadap pihak berkenaan.

“Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan penghinaan terhadap agama yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat.

“Mereka yang melakukan perbuatan keji ini perlu ditahan mengikut proses undang-undang, didakwa di mahkamah dan dihukum jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau hari ini.

Muhyiddin kejadian penghinaan terhadap agama Islam termasuk mesej-mesej penghinaan terhadap agama Islam yang disebarkan di media sosial. sejak kebelakangan ini amat berbahaya dan telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam.

“Yang terbaharu ialah kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Suspek kes ini telah dikenal pasti dan siasatan telah diselesaikan oleh pihak polis. Saya percaya Timbalan Pendakwaraya akan membuat keputusan mengenai pendakwaan suspek tersebut di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.

Pada Rabu, penduduk Taman Pendamar Indah terkejut apabila mendapati sebuah patung berhala diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda.

Patung itu dipercayai diletakkan individu tidak bertanggungjawab sebelum disedari oleh siak yang datang untuk membuat persiapan bagi solat Asar di surau berkenaan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program derma darah anjuran Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation dengan kerjasama Pusat Darah Negara di sini. Muhyiddin berkata semua pihak perlu menghormati dan menjaga sesitiviti kaum dan agama rakyat di negara ini bagi mengekalkan keamanan negara.

Beliau mengarahkan pihak berkuasa supaya bersikap lebih tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menimbulkan kemarahan rakyat.

"Saya ingatkan semua pihak jangan hina (agama dan kaum) dan timbulkan kemarahan kepada rakyat tidak kira mereka Islam mahupun bukan Islam.

"Peringatan sahaja tak cukup, polis juga saya arahkan agar tegas dan bertindak pantas mengambil tindakan," katanya.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo