Membatunya Pemimpin Tertinggi Dap Dalam Isu Desakan Supaya Tun Dr Mahathir Meletakkan Jawatan Mengundang Spekulasi


Oleh: Dr. Kamarul

Seperti diketahui, ramai sekali pemimpin BERSATU yang menunjukkan kemarahan mereka ke atas ke atas kenyataan Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau, yang mendesak supaya Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Agak terkehadapan dalam menyuarakan kemarahan mereka adalah Ahli-Ahli Jawatankuasa ARMADA BERSATU Malaysia, iaitu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir dan Mohd Fahim Mohd Farid, serta Ketua Armada BERSATU Terengganu, Mohd Syaiful Irfan Anang.

Mewakili ARMADA Bersatu Malaysia adalah Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin, yang menyatakan tuntutan dari ARMADA Bersatu Malaysia supaya Dr Boo Cheng Hau meminta maaf kepada Tun Dr Mahathir di atas kenyataan beliau itu.

Mewakili Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU pula adalah Dr Muhammad Faiz Na'aman yang menuntut Dr Boo Cheng Hau meminta maaf secara terbuka terhadap Tun Dr Mahathir dan menarik balik kecaman beliau terhadap Tun Dr Mahathir tersebut.

Permintaan ini diikuti oleh tiga permintaan pemimpin BERSATU yang lebih senior, iaitu Wan Saiful Wan Jan dan Abu Bakar Yahya selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU serta Tan Sri Dr Rais Yatim selaku Pengerusi BERSATU Negeri Sembilan.

Permintaan Tan Sri Dr Rais Yatim adalah lebih khusus kepada pemimpin tertinggi DAP, iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, supaya mereka “‘cilikan’ mulut si celupar ini”, yang merujuk kepada tindakan ke atas Dr Boo Cheng Hau.

Permintaan Wan Saiful Wan Jan pula adalah berupa pilihan sama ada supaya Dr Boo Cheng Hau “letak jawatan dalam DAP” atau supaya “partinya sendiri (DAP) buang beliau kerana nyata beliau hanya tahu mengeruhkan keadaan dan bukannya membantu”.

Satu lagi permintaan, yang perlu dipandang lebih serius oleh DAP kerana datang daripada Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir, iaitu Abu Bakar Yahya, adalah supaya pemimpin DAP “memberikan teguran serta peringatan tegas terhadap Dr Boo Cheng Hau”.

Malangnya, sehingga kini tiada seorang pun pemimpin tertinggi DAP yang memberikan maklum balas kepada permintaan pemimpin BERSATU ini, sama ada memberikan teguran serta peringatan tegas kepada Dr Boo Cheng Hau atau mengarahkan Dr Boo Cheng Hau meminta maaf.

Malah, sehingga kini kenyataan Dr Boo Cheng Hau, yang menuntut perletakan jawatan pemimpin Pakatan Harapan yang mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan janji-janji pilihan rayanya dan yang mendakwa pemimpin tertinggi BERSATU telah selalu sangat melanggari janji, masih lagi terpampang megah dalam laman web rasmi DAP.

Susah sangatkah untuk pemimpin tertinggi DAP memberikan teguran serta peringatan tegas kepada Dr Boo Cheng Hau atau mengarahkan Dr Boo Cheng Hau meminta maaf seperti yang diminta, kalaupun tidak mengambil tindakan yang lebih keras kepada beliau?

Pastinya kesenyapan pemimpin tertinggi DAP ini akan mengundang spekulasi.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget