Kenyataan Media PAS Pusat: Kunjungan Hormat Kepada YAB Perdan Menteri



Setelah mendapat penjelasan daripada YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bersidang pada 17 Februari 2019 di Marang, maka saya dengan ini ingin memaklumkan bahawa:

1. PAS menyatakan pendirian tidak bertanding dalam PRK DUN Semenyih dan memberi laluan kepada wakil pembangkang, iaitu Barisan Nasional, dengan tanpa komitmen serta kadar penglibatan yang berbeza keadaannya pada PRK Cameron Highlands. 

Ini selaras dengan pendirian konsisten PAS yang meletakkan kepentingan Islam dan Melayu mengatasi yang lainnya di samping PAS mengekalkan hubungan dengan UMNO atas dasar perpaduan ummah dan solidariti pembangkang;

2. Perakuan bertulis yang berbentuk contoh (sample) diberikan sebagai komitmen sokongan PAS terhadap kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga PRU15; dan 

3. Persetujuan turut dicapai untuk menjalin kerjasama yang lebih baik berdasarkan semangat Federalisme di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan serta Terengganu, khususnya dalam hal berkaitan pentadbiran, pembangunan dan pemberian royalti.


Sekian untuk pemakluman.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.

Bertarikh: 17 Februari 2019 | 11 Jamadil Akhir 1440
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget