DAP penunggang agama, guna hukum untuk kepentingan politik?


BANGI, 15 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Tindak-tanduk parti tamak haloba, DAP yang menikus apabila dicabar untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri sehingga tamat penggal, jelas menunjukkan berlakunya pergolakan besar di dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, sebenarnya amat mudah untuk DAP membuktikan taat setia dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Perdana Menteri, sekiranya benar parti itu mahu Dr Mahathir kekal dengan jawatannya sehingga PRU15.

Sebaliknya, kita lihat mereka memilih untuk berdiam diri tidak menyahut cabaran PAS, malah menyuruh anak didiknya membuat komedi tidak cukup masak, kata Hishamuddin.

"Sudahlah Lim Guan Eng atau pimpinan tertinggi DAP langsung tidak berani menyahut cabaran PAS, disuruhnya pula anak buahnya yang tidak cukup masak bercakap. Maaf Edry Rizal, sudah lama di Malaysia tidak nampak The Royal London Circus, cubalah lawak tidak masak anda di tempat lain pula," sindir Hishamuddin.

Menyifatkan amalan politik DAP sebagai 'politik sembelit', Hishamuddin berkata, parti itu sememangnya tidak boleh dipercayai dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamat politik mereka.

"Dahulu tidak cukup siang, dengan malam sekali mereka berteriak Dr Mahathir korup, salah guna kuasa dan zalim. Apa yang Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Nga Kor Meng dan seluruh juak-juak DAP tidak tuduh, cemuh dan keji terhadap Dr Mahathir?

"Sekarang ke mana hilang semua desakan, tuduhan, cemuhan dan kejian tersebut? Adakah selama ini mereka menipu rakyat Malaysia dengan menuduh, mengeji, mencemuh dan memfitnah Dr Mahathir sewenang-wenangnya tanpa bukti?

"Sekarang sudah jelas siapa yang sebenarnya membenarkan tipu daya, menuduh tanpa bukti dan menyuburkan budaya fitnah di dalam politik negara untuk kepentingan politik mereka sendiri," kata Hishamuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Hishamuddin turut mengingatkan parti rasis dan cauvinis untuk tidak menjadi 'penunggang agama' bagi menutup kesalahan atau keburukan yang dilakukan kerana agama bukan untuk dijual beli seperti yang biasa dilakukan.

"Usah menggunakan hukum agama untuk kepentingan parti anda. Sebelum mengajar PAS mengenai hukum agama, cuba hadam pepatah Melayu, umpama tikus membaiki labu. Sendiri jalan senget hendak ajar orang lain jalan tegak.

"Lebih elok Lim Guan Eng dan DAP bisikkan di telinga Husam Musa dan Ambiga agar tampil membawa segala bukti kepada SPRM berkaitan tuduhan RM90 juta. Sebelum mengomel mengenai kaedah al-bayyinah 'ala al-mudda'i. DAP sendiri patut amalkannya dengan mengemukakan bukti berserta tuduhan.

"Bagaimana hendak bicara hukum tetapi DAP sendiri menolak hukum dan tidak amalkan? Ternyata DAP memang 'penunggang agama', menggunakan hukum untuk kepentingan politik mereka sendiri," katanya.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget