NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat Palestin takkan berhenti tuntut tanah air



GAZA, 16 Rabiulakhir 1440H, Isnin – Pemimpin kanan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Mahmoud al-Zahar menegaskan rakyat sama sekali tidak akan berhenti menuntut kebebasan dan hak yang dirampas Zionis Yahudi sejak sekian lama.

Bercakap dalam wawancara bersama Rangkaian Berita Al-Alam Iran di Tehran semalam, beliau berkata, selama ini penduduk Palestin hidup dalam penindasan dan kekejaman yang berterusan.

"Biarlah ditindas seteruk manapun, rakyat Palestin akan bangkit dan meneruskan demontrasi aman`Great Return March' sehingga berakhirnya pengepungan rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza.

"Perhimpunan itu menghasilkan keputusan yang penting, dan tidak akan dihentikan sebelum pengepungan rejim Zionis di wilayah itu ditarik balil. Kami tidak mempunyai sebarang pilihan selain daripada melindungi penduduk dan tanah kami," katanya.

Penduduk Palestin menuntut hak untuk pulang ke tanah air mereka yang diduduki secara haram oleh rejim Zionis Israel sejak Mei 1948.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan, lebih 220 rakyat Palestin terbunuh dan ribuan yang lain cedera dalam pertempuran di Gaza.

Semenanjung Gaza telah berada di bawah pengepungan Israel sejak Jun 2007. Sekatan dan serangan udara menyebabkan kemerosotan taraf hidup, pengangguran serta kemiskinan teruk berlaku kepada penduduk Gaza. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo