NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia kecam Perancis undi ketepi minyak sawit sebagai biodiesel

Malaysia merancang membantah keras tindakan Perancis dan akan mendapat sokongan pengeluar minyak kelapa sawit utama lain. (Gambar Bernama) 
KUALA LUMPUR: Kementerian Industri Utama hari ini mengecam keputusan Dewan Negara Perancis mengetepikan penggunaan minyak sawit sebagai bahan mentah biodiesel.

Menterinya, Teresa Kok menegaskan langkah itu tidak wajar dan tidak adil kerana berpotensi mengganggu kehidupan rakyat negara pengeluar minyak sawit utama, termasuk Malaysia.


Oleh itu, katanya, Malaysia merancang membantah keras tindakan itu dan akan mendapat sokongan pengeluar minyak kelapa sawit utama lain.


"Ini adalah keputusan yang paling tidak dialu-alukan dan bertentangan prinsip perdagangan bebas dan adil. Undian oleh ahli Parlimen terbabit membimbangkan dan patut dikutuk sekeras-kerasnya.

"Tindakan mereka mengetepikan penggunaan dan pengimportan minyak kelapa sawit sebagai sebahagian campuran tenaga boleh diperbaharui yang diluluskan itu boleh menjejaskan hubungan perdagangan dua hala kita," katanya dalam kenyataan hari ini.


Kok juga menegaskan undi ahli Parlimen Perancis yang menerima pakai pindaan kepada undang-undang biofuel dan bahan api sedia ada dan tidak mengiktiraf biodiesel sawit sebagai bahan api hijau, sebagai diskriminasi dan tidak adil.

"Oleh itu, saya menggesa Senat Perancis membuat keputusan bertanggungjawab ke atas undi di dewan rakyat."

Beliau berkata, dengan mengesahkan undi Dewan Negara Perancis untuk mengetepikan minyak sawit akan memberi impak besar kepada berjuta-juta kehidupan, bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi juga penduduk Asia Tenggara dan ekonomi negara terbabit.








No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo