Kelantan mampu bangunkan sukan prestasi tinggi


19 Disember 2018

Majlis Penyampaian Intensif Sukan Skim Hadiah Kemenangan yang diadakan oleh Kelantan membuktikan bahawa negeri ini tidak meminggirkan aspek sukan dan pembangunan sukan, meski pun kerajaan yang 28 tahun di tadbir oleh kepimpinan ulama, melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat sewaktu berucap dalam majlis tersebut yang diadakan di Dewan Bunga Teratai Kota Darulnaim menyatakan bahawa ada pihak yang mendakwa bahawa jika royalti diberikan kepada Kelantan, ia tidak mampu diurus dengan telus oleh kerajaan negeri, sedangkan selama 28 tahun kerajaan yang mengamalkan falsafah dan budaya kerja UMI iaitu Ubudiyah, Masuliyyah dan Itqan.
Majlis tersebut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bnetara Kanan , Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri, Ahli-ahli Dewan Rakyat dan ketua-ketua Jabatan yang dijemput.
Seramai 103 atlit Kelantan menerima ganjaran wang tunai kerana kejayaan mereka menyumbang pingat dalam beberapa temasya sukan peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2017 dan 2018 yang lalu.

“Dengan falsafah kerja UMI ini pimpinan kerajaan Kelantan tiada rekod rasuah, tidak pernah didakwa rasuah dan dengan sumber kewangan terhad ini Kelantan berjaya memperkenalkan berpuluh skim kebajikan kepada rakyat seperti bantuan perkahwinan az ziwaaj, bantuan Kifaalah untuk warga emas, bantuan orang miskin, anak yatim, pelajar, OKU dan lain-lain lagi.

” Meskipun sekian lama Kelantan dinafikan hak royalti minyak oleh pusat terdahulu menafikan hak royalti Kelantan, kerajaan baru hari ini yang berjanji untuk menunaikan royalti juga sampai hari ini juga belum melaksanakan janji mereka, Kelantan mampu membangunkan sukan berprestasi tinggi di negeri ini,” ucap beliau.

Menyentuh tentang tentang program belia, Ustaz Wan Roslan menyatakan pada 14 hingga 16 Februari tahun depan kerajaan negeri akan menganjurkan Hari Anak Muda Kelantan yang padat dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk penampilan ulama tersohor Indonesia masa kini, Ustaz Abdul Samad dan penampilan artis-artis dan pelakon dari negara ini.

Hari Anak Muda Kelantan ini juga akan turut memuatkan aktiviti pelbagai sukan, mini-mini pavilion, persembahan kebudayaan selain daripada juga upacara pembukaan gilang gemilang di Dewan Jubli Perak Kota Bharu.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget