NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno-PAS tidak akan bergabung, kata Mohamad


Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan parti itu tidak akan bergabung dengan PAS untuk menjadi satu parti seperti diperkatakan beberapa pihak.

"Tidak pernah ada sebarang perbincangan untuk penggabungan Umno dan PAS Jika ada cadangan (untuk penggabungan) saya akan menjadi orang pertama yang menentang perkara itu.

"Kita tidak pernah menyatakan akan bergabung sebagai satu parti politik, tetapi kerjasama yang dijalankan di antara Umno dan PAS adalah sebagai satu kerjasama parti pembangkang sahaja," katanya.

Mohamad berkata, sebagai parti pembangkang, Umno dan Pas akan bersama-sama memperjuangkan isu-isu semasa di peringkat nasional.

"Kerjasama di antara Umno dan Pas adalah perlu bukan sahaja untuk menguatkan blok pembangkang tetapi juga dalam menghadapi pelbagai isu negara yang perlu kita sama-sama pertahankan," katanya.


Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan membuat pelawaan terbuka kepada Pas untuk bersama-sama parti itu dalam gerakan politik di satu ceramah di Kampung Gajah, Perak, pada Sabtu lalu.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, Umno membuat kesilapan apabila bermusuh dengan PAS.

Sementara itu, ditanya mengenai rayuan berhubung keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Jumaat lalu yang membatalkan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mohamad berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan.

"Saya masih menimbang buruk baik sekiranya saya meneruskan untuk membuat rayuan. Apapun, saya tetap akan terus bertanding di kerusi Dun Rantau pada Pilihan Raya Kecil nanti," katanya seperti dilapor NSTP semalam.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo