Nota ICERD (5): Diskriminasi Swasta


oleh: DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
Gombak
22 November 2018

Selain daripada faktor sejarah, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak, dianggap wajar kerana faktor ekonomi. Perkara 153 dapat berperanan sebagai pengimbang kepada diskriminasi swasta atau 'private discrimination'. 

Penguasaan kaum tertentu dalam bidang ekonomi membolehkan kaum itu mempunyai kekuatan yang dapat mempengaruhi pasaran pekerjaan, tabungan untuk pendidikan, pemberian kontrak untuk projek-projek di bawah kawalan konglomerat dan sebagainya.

Kaum yang lebih lemah dari sudut penguasaan ekonomi berdepan dengan kekangan bagi bersaing dengan mereka.

Keadaan bertambah parah apabila wujud sistem pendidikan yang terlalu terbuka dan dasar bahasa yang terlalu longgar yang menyebabkan kaum yang dominan dari segi ekonomi menggunakan syarat penguasaan bahasa sebagai syarat pengambilan pekerjaan. 

Inilah satu bentuk diskriminasi swasta. Dalam senario diskriminasi swasta yang mencengkam begini, dasar yang memberikan keistimewaan kepada kaum yang kurang dominan (disebut 'affirmative action') adalah satu yang wajar. 

Oleh itu cadangan ratifikasi ICERD dalam realiti semasa adalah satu langkah yang sangat dangkal.



#notaicerd
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget