Kerajaan tubuh jawatankuasa kaji SOSMA, POTA dan POCA




KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa Teknikal Kajian Undang-undang Berkaitan Keselamatan untuk meneliti secara terperinci peruntukan undang-undang di bawah SOSMA, POTA dan POCA, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara yang dipertimbangkan kedua-dua jawatankuasa termasuk penambahbaikan tempoh tahanan yang dilihat terlalu panjang, berkaitan kuasa polis mengenai tangkapan yang dilihat terlalu luas dan boleh disalah guna serta 'judicial intervention' termasuk kuasa mahkamah untuk mengadakan semakan kehakiman yang agak terhad.

Katanya, kedua-dua jawatankuasa itu penting untuk meneliti kesemua cadangan yang dikemukakan pelbagai pihak dalam siri pertemuan dengan pihak berkepentingan (stake holders).

"Sekarang sudah sampai di peringkat akhir di mana kita telah sediakan draf dan kemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan apabila selesai akan dibawa ke pihak jemaah menteri, seterusnya ke Parlimen.

"Kalau boleh bawa untuk sesi Parlimen kali ini kita akan bawa, atau paling lewat pada sesi Parlimen bulan Mac," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) yang ingin tahu mengapa kerajaan masih bergantung kepada cara penahanan preventif di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 sedangkan Kanun Tatacara Jenayah telah memperuntukkan prosedur tahanan reman bagi kesalahan- kesalahan keselamatan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sama ada kerajaan akan menghapuskan SOSMA atau ditukar dengan akta lain, Muhyiddin berkata, kesemua akta yang dibawa ke Parlimen dan diluluskan berdasarkan Perlembagaan adalah amat penting.

Katanya, tanpa SOSMA, POTA dan POCA, beliau tidak menjamin negara boleh menjadi negara yang selamat sebagaimana hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan keperluan untuk meneliti semula akta-akta tersebut untuk memastikan tiada elemen yang dianggap menindas atau bertentangan dengan hak asasi manusia.

Setakat ini, beliau berkata hampir 2,000 orang telah ditahan di bawah SOSMA, POTA (sembilan) dan POCA (475).- Bernama
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget