NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu ICERD: Pertahankan Kedudukan Orang Melayu Islam Dan Bumiputera



oleh: YB Shaharizukirnain Abdul Kadir
Ahli Parlimen Setiu

1. Saya membantah hasrat pihak Kerajaan untuk menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ramai pihak yang turut tidak menyokong perjanjian ini termasuk pertubuhan politik serta NGO seperti UMMAH, GPMS dan ISMA.

2. ICERD akan membawa pelbagai implikasi negatif kepada keadaan demografi rakyat negara ini. Ia akan memberi ancaman kepada institusi Raja Berperlembagaan seperti mana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan yang memberi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan istimewa orang Melayu Islam dan penduduk asal Malaysia atau Bumiputera malah ia juga sebahagian daripada kontrak sosial.

3. Selain itu, ia juga membawa implikasi yang amat besar kepada negara kerana semua peruntukan perjanjian akan tertakluk kepada kehendak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ini akan mengikat kebebasan negara kita malah secara tidak langsung kita akan dikawal dibawah telunjuk barat. 

4. Tambahan pula, alasan pemansuhan Perlembangaan 153 bagi mencapai perpaduan dengan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera langsung tidak munasabah.

5. Justeru, Saya menyeru agar Kerajaan tidak sewenang-wenangnya mempertaruhkan hak orang Melayu Islam dan Bumiputera dan saya amat yakin sekali jika perjanjian ini diteruskan, satu himpunan besar-besaran akan diadakan bagi membantah perjanjian tersebut.

’Islam Memimpin’


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo