Gaza Menuju Perang Keempat?


Sebenarnya dalam sakit kepala memikirkan Moria pada 11hb malam yang lepas, apabila post sebelum ini bertajuk 31 Tahun Yang Memenatkan Ditulis, sebenarnya ada sesuatu yang besar sedang berlaku di Gaza.

Pada malam tersebut, sekumpulan pengintip Zionis masuk menembusi benteng murabitin dan sampai sejauh 3km ke dalam Gaza, lalu menghendap di hadapan rumah Komander Al-Qassam di Khan Younis, Syeikh Nur Barakah.


Kehadiran mereka disedari mujahidin yang segera mengejar mereka, sebelum berlaku insiden tembak-menembak yang dahsyat.

Tidak lama kemudian helikopter Zionis hadir melepaskan peluru berpandu di beberapa kawasan bagi membolehkan penyeludup lari semula ke tanah haram Israel, sebelum mengebom kereta yang diguna dan ditinggalkan Zionis bagi menghapuskan bukti.

Dalam insiden tersebut, Syeikh Nur Barakah bersama 6 orang mujahidin syahid.

Sehingga kini, Gaza masih lagi dibom dalam serangan paling dahsyat pernah berlaku sejak Perang 2014.
Sejak jam 10pm waktu Malaysia semalam, lebih 300 roket dilepaskan dari Gaza ke tanah dijajah, dan serangan Zionis ke atas rumah penduduk, kawasan lapang dan stesyen TV utama Gaza, Stesyen Al-Aqsa telah mengorbankan sekurangnya 3 orang penduduk dengan puluhan cedera.

Kami akan membuka Situation Room di pejabat Cinta Gaza Malaysia di Bangi pagi ini bagi mengikut rapat perkembangan di sana, dan akan melaksanakan beberapa perkara :

1. Membuka Tabung Kecemasan Gaza. Pohon sumbangan segera ke akaun rasmi NGO di Maybank 5648 1050 7826 dengan sasaran kita sebanyak RM50,000 pada hari ini.


Wang ini akan dihantar esok ke Gaza untuk tujuan kecemasan.

Pohon masjid, surau, individu, ahli keluarga bertindak segera bagi menghebahkan tabung ini seluasnya.

2. Membuka group broadcast whatsapp hebahan perkembangan terkini di Gaza. Group ini akan dibuat dan dihebahkan segera.

3. Menyeru doa dan solat hajat daripada pembaca dan di program-program serta perkumpulan kalian untuk keselamatan dan ketabahan warga Gaza dalam waktu yang getir ini.

Dan pohon sangat mendoakan anak dan isteri saya di sana.

Sebelum Naeem tertidur tadi pada jam 1am waktu Gaza selepas penat menghantar berita, beliau memaklumkan bahawa Hotel Al-Amal yang berada kira-kira 300m daripada rumah kami di Gaza telah dibom.

Sekolah telah diarahkan bercuti dan keadaan darurat diisytiharkan.

Mereka di sana adalah ibu, ayah, adik, kakak dan anak kalian.

Justeru pohon sangat disebarkan.

13 November 2018,
8.14 pagi.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget