Annuar: PAS-Umno gabung tenaga, bukan gabung parti


M Fakhrull Halim | Diterbitkan 21 Nov 2018, 2:28 petang | Dikemaskini 21 Nov 2018, 5:06 petang 

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa hari ini meminta agar kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengajak PAS "bercantum" agar tidak disalah-ertikan.

Katanya, maksud sebenar Ahmad Zahid ialah 'bergabung tenaga' dan bukannya bergabung parti. 

"Saya nak buat penjelasan, bila Zahid jemput PAS bergabung, ia bukan bermaksud bercantum, tetapi bekerjasama. 

"Saya faham Wee Ka Siong mungkin bimbang dengan kenyataan Zahid, tetapi ia bergabung tenaga, bukan bergabung parti. 

"Bergabung parti tu satu hal yang presiden boleh cakap begitu sahaja, mesti merujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) dan berbincang termasuklah dengan BN," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita di parlimen hari ini.

Tak fikir perasaan komponen BN

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA Wee Ka Siong yang menyelar Zahid tidak memikirkan perasaan parti komponen BN.

Wee menegaskan partinya akan memutuskan sama ada mahu terus bersama BN atau tidak pada 2 Disember ini. 

Pada 17 November lalu Ahmad Zahid secara terbuka mempelawa PAS untuk bergabung dalam ucapannya di Himpunan Perpaduan Ummah di Pasir Salak.


Mengulas lanjut, Annuar menyifatkan penggabungan Umno dan PAS dalam satu parti yang sama sebagai 'kemungkinan yang sangat jauh'.

"Kalau nak bercakap soal bercantum, kemungkinan terdekat ialah antara Umno dan Bersatu. 

"Itu lebih semulajadi sifatnya, kerana keduanya parti yang berasaskan bumiputera-Melayu, dan kepimpinannya juga dari parti yang sama. 

"[...] Tapi untuk Umno bergabung dengan PAS, bagi saya agak jauh (kemungkinannya), dan tidak strategik," katanya lagi. 


Kebersamaan blok pembangkang
Sementara itu, timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man turut senada dengan Annuar dalam isu kerjasama antara dua parti tersebut. 

"Saya fikir Umno dan PAS ada berjuta ahli. Dalam blok pembangkang memang kita akui ada keperluan (bekerjasama). Sekarang pun kita bersatu dalam konteks berdepan isu-isu penting negara. 

"Bukan soal PAS nak bergabung dengan Umno atau sebaliknya, tapi atas konsep kebersamaan dalam blok pembangkang," katanya ketika ditemui di parlimen hari ini. 

Sementara itu, mengulas kemarahan Wee terhadap pelawaan Zahid, Tuan Ibrahim berpendapat presiden MCA itu perlu memantapkan parti itu terlebih dahulu.

"Baru-baru ni BN kalah (PRU-14) bukan kerana Umno sangatlah, tapi sebab parti komponen (lain) dalam BN termasuk MCA. 

"Lebih baik beliau fokuskan macam mana nak tingkatkan sokongan MCA daripada dia pertikai soal PAS dan Umno. Mantapkan masing-masing dan hadapi cabaran," tambah beliau.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/452763
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget