NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bantah ratifikasi ICERD!




BANGI, 17 Safar 1440H, Khamis – Satu petisyen diwujudkan sebagai bantahan untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa hak asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969, di mana negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa dan kaum.

Sehingga hari ini, seramai 11,777 individu telah menandatangani petisyen berkenaan yang boleh diperoleh dengan melayari https://ift.tt/2CCjrK6.

Petisyen yang ditujukan kepada kerajaan itu menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah menandatangani ICERD, apatah lagi meratifikasinya yang jelas bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ratifikasi ICERD akan menyebabkan Artikel 153 yang memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan Bumiputera dihapuskan, termasuk penutupan Majlis Amanah Rakyat (MARA); Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan penghapusan Tanah Rizab Melayu.

Petisyen itu antara lain turut menyatakan:

"Mengikut Artikel 5 ICERD, negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi dalam perlaksanaan hak politik. Ini bermakna parti politik berdasarkan kaum atau bangsa adalah salah dan perlu dihapuskan di bawah ICERD kerana ia mendiskriminasi ahlinya mengikut kaum.

"Berdasarkan di atas, adalah jelas ICERD bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan dan tidak boleh diratifikasikan.

"Kalau pun mahu diratifikasikan, Artikel 153 hendaklah dipinda terlebih dahulu. Persetujuan Majlis Raja-raja juga mesti diperolehi dan tidak boleh dibelakangkan.

"Konvensyen ini tidak boleh dijaja sebagai alasan untuk memaksa kita meminda Perlembagaan dan Raja-raja memberi persetujuan."

Justeru, petisyen yang diwujudkan oleh kumpulan 'Pendukung Perlembagaan' itu, membantah dan menolak sekeras-kerasnya ratifikasi ICERD kerana bercanggah Perlembagaan dan menghapuskan institusi seperti MARA, MRSM, UiTM dan sebagainya.

"Perundingan awam perlu dilakukan dengan segera dan perkenan Majlis Raja-Raja perlu diperolehi. Raja-Raja tidak boleh dibelakangkan. Artikel 153 perlu dipinda sebelum ratifikasi ICERD boleh dilakukan," katanya.

Untuk makluman, Artikel 5 (d) (vii) ICERD antara lain menyebut bahawa negara yang menandatangani konvensyen ini hendaklah menghapuskan semua bentuk diskriminasi kaum dan menjamin hak semua orang untuk kebebasan berfikir dan beragama.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/10/25/bantah-ratifikasi-icerd/


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo