NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

12 Senator angkat sumpah hari ini



KUALA LUMPUR, 15 Zulhijjah 1439H, Isnin – 12 Senator akan mengangkat sumpah jawatan itu di Dewan Negara hari ini, membabitkan 11 wakil Pakatan Harapan dan seorang daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S A Vigneswaran.
Hadir mengangkat sumpah hari ini, Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris, Ketua PPBM Bahagian Gelang Patah, Nasir Hashim, Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying; Anggota Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh; Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling dan Pengarah Pendidikan DAP Sabah, Adrian Banie Lasimbang.

Manakala Senator baharu daripada PKR termasuk Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya PKR, Ismail Yusof; Ketua Cabang PKR Bera, Monalan Mohamad dan bekas ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid.

Parti Amanah Negara (PAN) pula diberikan dua kerusi Senator iaitu kepada Husam Musa dan AJK Amanah Pusat, Raj Munni Sabu atas lantikan Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, Husam tidak hadir pada majlis mengangkat sumpah hari ini kerana sedang menunaikan ibadah Haji.

Beliau dijadualkan mengangkat sumpah pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Sementara itu, Theodore Douglas Lind, yang merupakan peguam kanan, juga dilantik sebagai Senator.

Dengan pelantikan ini, Pakatan Harapan masih belum menguasai majoriti, berikutan terdapat 32 senator yang mewakili BN dan tiga senator PAS daripada 55 senator di Dewan Negara.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo