UEC malapetaka kepada sistem pendidikan negara





Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPIM) menyifatkan langkah kerajaan negeri Melaka mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai satu malapetaka dalam sistem pendidikan.

Ketua Eksekutifnya, Mohd Zai Mustafa berkata, pengiktirafan UEC memperlihatkan agenda tersembunyi pihak tertentu, sebaik sahaja kerajaan Pakatan (PH) mentadbir negara.
Katanya, apa yang jelas ianya malapetaka berganda kepada sistem pendidikan negara apabila bahasa Melayu mulai dicabar dan dipinggirkan.

"Tindakan ini dengan sendirinya mengesahkan pengiktirafan UEC akan mewujudkan dua aliran yang besar dalam sistem pendidikan negara, sistem peperiksaan awam SPM dalam bahasa Melayu dan sistem pepereksaan UEC dalam bahasa mandarin/cina.

"Kita anggap pengiktirafan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) merupakan suatu pengkhianatan besar kepada Dasar Bahasa Kebangsaan 1963/67, Dasar Pendidikan Negara, Penyata Razak 1956 serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Semalam, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mempertahan pendirian kerajaan negeri memberi pengiktirafan kepada UEC sebagai syarat kelayakan memasuki perkhidmatan awam negeri itu sebagai memenuhi sebahagian janji PH pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Dakwanya, UEC adalah sebahagian daripada sistem pendidikan dalam negara, dan menegaskan isu itu tidak sepatutnya dipolitikkan kerana sijil berkenaan akan ditambah baik dari semasa ke semasa supaya kekal relevan.

Kesal dengan jawapan Ketua Menteri itu Mohd Zai berkata, iktiraf UEC menampakkan tindakan politik terdesak Kamal Adly bagi membalas sokongan pengundi pihak-pihak tertentu untuk memenangi PRU14.

"Tindakan beliau telah melanggar dan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan yang juga sebagai bahasa integrasi nasional," katanya.

Isu UEC bertambah rumit apabila Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilapor memberi jaminan untuk menyelesaikan segera sebelum hujung tahun ini, tanpa perlu melalui perbahasan di Parlimen.

"Mungkin perlu makan masa untuk bina sebuah sekolah, tapi pengiktirafan UEC boleh dibuat secepat mungkin. Saya tak suka buat kerja secara cincai," katanya.


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget