Menteri Besar Terengganu rakam takziah pada keluarga adik Adam Rayqal



KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU TERHADAP TRAGEDI YANG MENIMPA ADIK ADAM RAIKAL.

Seperti semua sedia maklum, berkenaan tragedi yang telah menimpa adik Adam Raikal yang ditemui di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves dan disorokkan di bahagian sejuk beku peti ais dirumah tersebut. Perkara ini amat mendukacitakan kita semua. 

Saya difahamkan ibubapa kepada Adam Raikal merupakan anak negeri Terengganu dan saya dimaklumkan bahawa jenazah Adam Raikal akan dibawa pulang ke Terengganu selepas urusan bedah siasat dijalankan.

Saya mengambil kesempatan ini mewakili Kerajaan Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi dan isterinya Farah Madiha Othman atas kehilangan anak mereka. Diharapkan mereka dan keluarga bersabar atas ujian yang dihadapi kini.

Saya juga mengharapkan siasatan menyeluruh dijalankan dan semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Terima kasih

Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget