NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Google Didenda RM20 Bilion Guna Android Secara Haram



Ekoran dari itu, Google sedang membina alternatif kepada android yang diberi nama Fuchsia. Fuchsia tidak akan menggunakan bahasa Java lagi. Demo Fuchsia https://mgoulao.github.io/fuchsia-web-demo/

BRUSSELS – Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda berjumlah AS$5.04 bilion (RM20 bilion) hari ini, tertinggi dalam rekod kerana menggunakan sistem operasi Android secara tidak sah untuk mengukuhkan penguasaan enjin pencariannya.

“Google menggunakan Android sebagai cara mengukuhkan penguasaan enjin pencariannya.

“Tindakan ini adalah dilarang menurut peraturan persaingan untuk semua negara anggota kesatuan,” kata Pesuruhjaya Persaingan EU, Margrethe Vestager.


Blok benua itu turut memberikan tempoh 90 hari kepada Google untuk menghentikan penggunaan Android atau berhadapan denda lebih tinggi.

Sementara itu, Google dalam kenyataan berkata akan mengemukakan rayuan berhubung denda berkenaan. – AFP/Reuters

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo