Adun Sungai Kandis meninggal dunia


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan (Adun) Sungai Kandis Shuhaimi Shafiei meninggal dunia, Isnin.
Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitternya.
"Al Fatihah. Saya amat sedih di atas kehilangan seorang teman sejati dalam perjuangan. Semoga ruh Allahyarham Shuhaimi Shafiei ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT," tulis Azmin.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, Shuhaimi menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 11.10 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya kerana penyakit kanser limfoma.

"Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sejurus selepas selesai urusan di hospital. Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam dijangka selepas solat Asar," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al-Fatihah," katanya.

Shuhaimi beberapa minggu sebelum ini dilaporkan menjalani rawatan akibat jangkitan paru-paru.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor terpaksa menghentikan aktiviti politik buat sementara waktu sejak selesai PRU14 lalu.

Pada PRU14 Shuhaimi menang kerusi Sungai Kandis menewaskan tiga pencabarnya iaitu Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari, Mohd Yusof Abdullah (PAS) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin.

Namanya antara calon yang disebut-sebut memegang jawatan Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Azmin yang memegang portfolio di peringkat persekutuan.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget