Selesai Kemelut Peguam Negara, Istana Dan Putrajaya Perlu Berhikmah.


Oleh:Mohd Zai Mustafa 
4 Jun 2018

1. Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) mengucapkan tahniah kepada Tun Dr.Mahadhir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Baru, serta pasukan kabinet Pakatan Harapan (PH) yang telah memenangi Pru Ke- 14, 2018.Kemenangan ini adalah mandat rakyat dan kini rakyat menunggu janji manifesto Malaysia Baru yang telah dijanjikan daripada manifesto PH.

2. Walaubagaimana kita dikejutkan dengan cadangan Perdana Menteri dengan persetujuan PH untuk melantik Tommy Thomas (TT) sebagai calun tunggal Peguam Negara (AG).

3. Lebih mengejutkan lagi apabila telah dikeluarkan kenyataan media daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengumumkan pada ketika ini, Putrajaya dan Istana Negara belum lagi mencapai persetujuan tentang calun penganti Peguam Negara yang lalu.

4. Akibat daripada situasi ini, telah menimbulkan "keresahan" kepada kebanyakkan rakyat dan institusi negara sehingga pelbagai pihak yang mewakili pelbagai institusi, Ngo/Ngi khususnya ummat Islam sebagai rakyat majoriti dan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan "berasa tidak sewajarnya" peguam Negara dicalunkan kepada Tommy Thomas yang pernah membuat kenyataan yang mempersoalkan Islam dalam konteks bernegara.

5. Sewajarnya perkara ini perhalusi sebaik baiknya, dengan mengambilkira janji-janji pada petikan buku Harapan Pru 14, Pakatan Rakyat mukasurat 45 : Janji 11, yang berbunyi ; 
" Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ditempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berpelembagaan dalam negara kita ". 

Maka sewajarnya boleh difahami dalam konteks persetujuan yang belum dicapai diantara Putrajaya dan Istana Negara, merupakan suatu bentuk teguran yang perlu diamati dan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh PM dan Kerajaan PH.

6. Situasi ini juga diperkukuhkan oleh kenyataan Ds Anuar Ibrahim yang telah bertemu Raja-Raja Melayu yang memberikan keyakinan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan menjaga dan menghormati Instituisi Raja-Raja Melayu tampa mengikut telunjuk pihak-pihak yang tertentu. Juga akan sentiasa menjaga Agama Islam dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

7. Maka, keputusan persetujuan yang belum dicapai diantara Putrajaya dan Istana adalah perkara penting dan besar yang melibatkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Dalam menjalankan tugas Sumpah Yang DiPertuan Agung Perkara 145(1) dan 145(5) maka perlantikan Peguam Negara sangat memerlukan "kecermatan dan pertimbangan yang sangat halus".

8. Rakyat Malaysia Baru, mengharapkan kemelut diatas dapat diatasi dan diselesaikan dengan penuh berhemah dan hikmah serta penuh kebijaksanaan diantara Kerajaan Pakatan Harapan Putrajaya dan Istana Negara bagi menghormati Islam adalah agama rasmi negara dan Institusi Raja-Raja adalah sebagai payung agama dan negara.Berikan hak rakyat untuk rakyat dan berikan hak 
Raja-Raja demi agama dan negara.

Mohd Zai Mustafa adalah Ketua Eksekutif MAPPIM

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget