NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM New Zealand lahir bayi perempuan


AUCKLAND: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital di sini, hari ini, menjadikan beliau pemimpin kedua dunia bersalin ketika memegang jawatan.

Ardern, 37 melahirkan anak sulungnya dan pasangan Clarke Gayford, 40, seberat 3.3 kilogram.

"Saya yakin kami sedang melalui emosi yang dilalui pasangan yang baru menjadi ibu bapa, pada masa sama bersyukur dengan kebaikan dan ucapan tahniah daripada semua. Terima kasih," kata Ardern.
Menerusi akaun laman sosial Instagram beliau memberitahu bayinya sihat dan dalam keadaan baik.

"Kami berdua dalam keadaan baik dan sihat terima kasih kepada pasukan Hospital City Auckland," katanya.

Pemimpin berkarisma itu mengikut jejak bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto pada 1990 yang melakar sejarah tersendiri melahirkan bayi ketika masih menjawat jawatan. - AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo