Naib Presiden PKR Tolak Tawaran Mahathir


Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye dilaporkan menolak tawaran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melantiknya sebagai timbalan menteri kesihatan.
Ahli Parlimen Gopeng itu memaklumkan kepada akhbar Sin Chew Daily beliau menolak tawaran berkenaan kerana mahu meneruskan kerjayanya sebagai pakar bedah jantung.
Dr Lee, 58 mengakui menerima panggilan daripada Dr Mahathir berhubung lantikan itu.
“Pembantu perdana menteri hubungi saya, dan saya dengar suaranya, ‘Mahathir di sini’.
“Katanya, beliau membuat keputusan untuk melantik saya sebagai Timbalan Menteri Kesihatan. Saya berterima kasih atas tawaran itu, tetapi saya mahu terus menjadi pakar bedah jantung,” katanya yang dipetik akhbar berbahasa Cina itu.
Keputusannya itu dilaporkan mendapat sokongan isterinya.
Ketika ditanya berkenaan namanya yang masih tertera di senarai kabinet yang tular, beliau berkata akan hanya mengulas lanjut sebaik sahaja menerima surat lantikan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri.
Dr Lee adalah perubatan Universiti Malaya pada 1980 sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Edinburgh di United Kingdom.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget