Kegagalan kerajaan PH laksana janji 100 hari sudah dijangka - Mohamed Khaled


JOHOR BAHRU, 2 Jun (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Johor sudah menjangkakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu melaksanakan janji manifeso dalam 100 hari kerana semua janji tersebut tidak boleh dilaksanakan, kata pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau juga menyifatkan faktor hutang negara yang tinggi sebagai penyebab PH tidak mampu laksanakan semua janji 100 harinya sebagai alasan semata-mata.

"Contohnya penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan tanpa ada ganti, kini mereka (kerajaan) ada masalah (sumber pendapatan)," katanya kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat UMNO Cawangan Desa Perwira, di sini hari ini.

Mengulas perkembangan lain, Mohamed Khaled yang juga Pengerusi UMNO Johor menegaskan operasi parti itu masih berjalan dengan baik di semua peringkat cawangan dan bahagian.

Beliau turut menafikan berlaku pemimpin dan anggota UMNO keluar parti beramai-ramai namun mengakui terdapat anggota bertindak keluar UMNO semata-mata kerana mengikut parti yang membentuk kerajaan.....- Bernama

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget