Tsunami rakyat: Tembelang gabungan PKR pecah dan panik!


KUALA LUMPUR 6 Mei - Setelah merasakan gelombang tsunami Melayu yang sering digembar-gemburkan tidak mungkin menjadi realiti disebabkan penolakan tinggi orang Melayu terhadap DAP, gabungan pembangkang PKR 'mencuba' pula istilah baharu iaitu tsunami rakyat.

Ternyata istilah terbaharu ini juga belum tentu menarik sokongan rakyat terutama orang Melayu disebabkan kaum itu sebenarnya sudah didedahkan dengan kerakusan kuasa DAP yang mana parti itu pernah dianggap sebagai rasis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mengulas perkara ini, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tembelang gabungan pembangkang PKR dikuasai DAP yang sering menggunakan modal perkauman sebenarnya sudah dipecahkan, disebabkan itulah mereka menggunakan pula istilah tsunami rakyat.

"Gabungan pembangkang PKR sering kali menuduh UMNO terdesak dengan menggunakan isu perkauman, namun siapa sebenarnya yang 'gemar' mainkan isu tersebut jika bukan mereka? UMNO hanya memecahkan tembelang mereka.

"Justeru, mereka (gabungan pembangkang PKR) tidak perlu lagi bercakap soal tsunami ini, bertandinglah berdasarkan kepada siapa yang mampu mentadbir negara dengan lebih baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, jelas Mohamed Mustafa, beliau yakin penggunaan istilah tsunami rakyat itu bukanlah perkara penting kerana pengundi sebenarnya sudah muak dengan politik perkauman yang dicetuskan gabungan pembangkang PKR.

"Oleh itu, rakyat seharusnya memilih kerajaan yang mempunyai dasar yang kuat dan jelas supaya boleh mentadbir negara dengan selesa, bukan kerajaan yang mempunyai banyak retorik," katanya. - UTUSAN ONLINE
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget