NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RoS : Masyati Abang Ibrahim KP baharu

\
Masyati menggantikan Surayati Ibrahim yang telah bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 22 Mei lalu

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pelantikan Masyati Abang Ibrahim sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang baharu berkuat kuasa 23 Mei lepas.


Ketua Setiausaha KDN Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata Masyati menggantikan Surayati Ibrahim yang telah bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 22 Mei lalu.

Masyati merupakan Perunding Kanan di Bahagian Transformasi Sektor Awam JPA sebelum dilantik ke jawatan itu dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan, katanya.

Pada 5 April lepas, RoS mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan memberikannya tempoh 30 hari untuk melengkapkan butiran yang diperlukan atau berdepan pembubaran.

Ketua Pengarahnya pada masa itu Surayati dipetik sebagai berkata perintah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966.

Katanya PPBM tidak dibenarkan menggunakan nama, logo dan melaksanakan aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari pembubaran sementara itu.

Surayati berkata pembubaran sementara itu dikeluarkan susulan kegagalan PPBM menyerahkan dengan sepenuhnya segala butir-butir maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta menerusi notis statutori di bawah Seksyen 14 (2) yang dikeluarkan kepada parti itu pada 28 Feb.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo