Dulu penampal poster, kini bergelar MB


'Umi harap abang ingat tanggungjawab'
SAFIAH kelihatan sayu selepas perlantikan anaknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi Menteri Besar Terengganu yang ke-15 di kediamannya Kampung Rusila. 
“UMI tidak tahu nak cakap apa sebab tak pernah jangka abang akan menjadi wakil rakyat, cuma Umi harap abang jalankan tanggungjawab sebaiknya,” kata Safiah Abd Latif, 77, ibu kepada Menteri Besar Terengganu yang baharu, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang dilantik sebagai Menteri Besar selepas PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kelmarin.

[image_0]

Menurut Safiah yang mesra dipanggil Umi, perasaannya bercampur baur antara gembira dan sedih apabila anak ketiga daripada lima beradik itu diberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan negeri Terengganu.
“Sebagai ibu, Umi restu dan sentiasa doakan yang terbaik untuk abang, cuma Umi harap abang sentiasa ingat tanggungjawab.
“Abang kena ingat apa yang Allah SWT katakan, kita sebagai manusia mesti betulkan segala-galanya, jangan langgar undang-undang atau hukumNya.
“Buat yang terbaik sebab orang sudah beri kepercayaan kepada abang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Sementara itu, isteri kepada Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman, 49, berkata, pemilihan suaminya sebagai pemimpin nombor satu di negeri ini bukan sekadar jawatan semata-mata tetapi beliau akan memikul tanggungjawab yang besar.
“Jawatan ini bukan sesuatu yang seronok semata-mata kerana ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik.
“Apa pun, sebagai isteri, saya akan sokong dan berdoa supaya suami boleh menjalankan amanah yang diletakkan di bahunya dengan sebaik mungkin.
“Saya juga akan berada di belakang dan membantunya menjalankan amanah diberikan,” kata ibu kepada enam cahaya mata berusia antara sembilan hingga 24 tahun.
Terdahulu, suasana yang pada mulanya ceria bertukar sebak seketika apabila Safiah tidak dapat menahan rasa sedih ketika ditanya mengenai pelantikan anaknya sebagai Menteri Besar sebelum wanita terbabit ditenangkan Ahmad Samsuri.
Sebelum itu, beliau yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di Istana Syarqiyyah selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget