NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wangsa Maju: Rakyat Beri Respon Positif edaran Malaysia Sejahtera



Oleh: Muhamad Nur Azmi Yusof

WANGSA MAJU, 10 April – Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju bersama Jentera Pilihanrayanya telah mengedarkan lebih 1000 naskhah Malaysia Sejahtera yang merupakan sisipan akhbar Harakah di tiga lokasi berbeza iaitu di tapak Pasar Malam Wangsa Maju Seksyen 1, tapak Pasar Malam Flat Sri Kedah dan LRT Taman Melati.

Menurut Ketua Keselamatan Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Wangsa Maju, En. Rashidi Jalaluddin, “Aktiviti ini bertujuan memberi informasi yang telus dan terkini kepada rakyat terutamanya berkenaan 20 tawaran PAS dalam Menifesto Gagasan Sejahtera.”

Beliau juga turut menyatakan bahawa Harakah merupakan saluran rasmi PAS dan kita melihat rakyat khususnya bukan ahli semakin menerima dan membaca Harakah tidak kira di mana sahaja.

“Kebanyakan pengunjung yang ditemui menyatakan bahawa mereka akan menerima dan memberi sokongan kepada PAS jika Parlimen Wangsa Maju ditandingi oleh PAS pada PRU ke 14”, tambah beliau lagi.

“Kita mengharapkan dengan edaran sisipan ini dapat membuka mata rakyat untuk membuat penilaian yang lebih adil dalam pengundian di pilihan raya umum kelak”, ujar beliau sebelum beredar dari lokasi edaran.

Untuk rekod, lebih 130,000 naskah Malaysia Sejahtera diedarkan diseluruh Negara sejak lebih dua bulan lepas di 130 kawasan parlimen diseluruh semenanjong.




     

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo