NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Reputasi calon BN terjejas di Hulu Besut - Cikgu Sholah


Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Hulu Besut, Shalahuddin Jaafar yang lebih dikenali Cikgu Solah mendakwa pengaruh Nawi terjejas kali ini kerana banyak projek tidak siap sempurna.
Menurutnya, pemilihan muka baharu PAS untuk bertanding di Hulu Besut iaitu Mohd Daik Mohamad adalah satu kelebihan kerana dekat dengan masyarakat.
“Kalau kira nama saya teratas sebagai calon tetapi saya menarik diri kerana mahu bagi peluang Mohd Daik bertanding kerana dia mempunyai pelbagai kelebihan,” katanya.



KERUSI N04 Hulu Besut dianggap salah satu kerusi paling selesa dan selamat buat BN di Parlimen Besut selain kerusi N01 Kuala Besut.

Penyandang kerusi N04 ialah Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Keusahawanan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

Nawi telah memenangi tiga penggal berturut-turut sebagai Adun Hulu Besut sejak PRU11 yang sebelum itu dikuasai PAS selama sepenggal.

Namun dalam senario BN diserang dari segenap penjuru sekarang ini, adakah parti itu mampu mengekalkan kemenangan di Dun itu pada PRU14 nanti?

Ramai berpendapat faktor calon menjadi antara kriteria penting dalam menentukan kemenangan.

Selain BN, dua parti telah mengumumkan calon masing-masing di kerusi tersebut iaitu Pakatan Harapan menurunkan bekas Pegawai Khas Nawi, Ismail Abdul Kadir dari Bersatu sementara Pas mengumumkan mudir sekolah pondok, Mohd Daik Mohamad.

Kedudukan Nawi masih teka-teki

Kedudukan Nawi masih menjadi persoalan di kalangan pengundi samada beliau akan dipilih lagi kali ini atau sebaliknya apatah lagi beliau pernah didakwa sebagai tim mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Bagaimanapun isu tersebut tidak diperkatakan kerana Nawi tidak mempunyai sebarang masalah dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif.

Sehubungan itu, ramai berpendapat Nawi akan dicalonkan dalam memastikan kemenangan BN kali ini, namun ada suara-suara nakal mencanang Nawi akan dicalonkan di kerusi P033 Parlimen Besut.

Andaian mungkin boleh dianggap kurang tepat oleh beberapa pihak kerana penyandang kerusi Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh juga dikatakan akan dikekalkan di kerusi Parlimen.

Siapa yang akan ditampilkan jika Nawi 'direhatkan'?

Jika Nawi tidak tercalon, persoalannya, siapakah yang layak menggantikan beliau di Dun berkenaan?

Antara nama yang sering disebut netizen ialah Pegawai Kebudayaan dan Kesenian Terengganu, Zahari Mat manakala seorang lagi Pengurus Besar Pertubuhan Peladangan Kawasan (PPK) Gerai, Hasmadi Hassan.

Walaupun Zahari baharu dalam dunia politik khususnya Umno tetapi kemampuannya tidak boleh dipandang ringan kerana hubungannya dengan akar umbi khususnya golongan muda agak rapat.

Hasmadi yang merupakan bekas Ketua Pemuda Umno Besut juga ada pengikutnya dan tidak mustahil beliau boleh tercalon.

Biarpun begitu, sudah semestinya kepimpinan Umno dan BN negeri serta pusat membuat pertimbangan sewajarnya memilih calon kerana sudah pasti setiap parti mahukan kemenangan.

Sementara itu, penyokong Nawi, Wan Adilah Wan Awang, 40, berkata, dia yakin Nawi akan terpilih sebagai calon pada PRU14.

Menurutnya, pengaruh Nawi masih kuat di Hulu Besut kerana beliau seorang yang merendah diri dan mudah membantu masyarakat.

“Banyak pembangunan baru yang akan dilaksanakan antaranya 700 unit rumah kos rendah dan sederhana, jambatan baru Kampung Durian Telur- Pasir Akar, perumahan bina negara di Bukit Payong dan sebab itu saya menaruh harapan tinggi beliau akan terpilih lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Besut yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Hulu Besut, Shalahuddin Jaafar yang lebih dikenali Cikgu Solah mendakwa pengaruh Nawi terjejas kali ini kerana banyak projek tidak siap sempurna.

Menurutnya, pemilihan muka baharu PAS untuk bertanding di Hulu Besut iaitu Mohd Daik Mohamad adalah satu kelebihan kerana dekat dengan masyarakat.

“Kalau kira nama saya teratas sebagai calon tetapi saya menarik diri kerana mahu bagi peluang Mohd Daik bertanding kerana dia mempunyai pelbagai kelebihan,” katanya.

-Sinar Harian







No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo