NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Liga Arab bincang tragedi pembunuhan rakyat Palestin. Hamas gesa rejim Zionis Israel dihadapkan ke mahkamah jenayah


GAZA, 16 Rejab 1439H, Selasa – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi taklimat kepada Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Abu el-Gheit, berhubung tragedi berdarah ‘The Great March of Return’, Jumaat lalu.

Taklimat ringkas itu diberikan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh ketika menghubungi Ahmed menerusi telefon, semalam.


Hamas dalam satu kenyataan berkata, Ismail memberitahu Ahmed bahawa rejim pengganas Israel melakukan jenayah terhadap penunjuk perasaan tanpa senjata yang berarak ke sempadan Gaza-Israel bagi menyatakan hasrat mereka untuk kembali ke rumah dan tanah yang dirampas.

Haniyeh membangkitkan pentingnya tindakan saman diambil dan memastikan rejim Zionis itu bertanggungjawab ke atas jenayah yang dilakukan itu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan dibincang dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Selepas Amerika Syarikat (AS) menghalang Majlis Keselamatan PBB daripada mewujudkan sebuah jawatankuasa siasatan berhubung tragedi itu, Ismail menggesa ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas antarabangsa menyiasat pembunuhan beramai-ramai oleh rejim pengganas Israel ketika perarakan itu.

Bagi pihak Liga Arab pula, Ahmed memaklumkan mereka mengutuk keganasan rejim Zionis terhadap penunjuk perasaan yang tidak bersenjata di sempadan Gaza.


Beliau juga memberitahu bahawa Liga Arab akan mengadakan mesyuarat hari ini, bagi membincangkan kejadian itu dan akan membuat keputusan yang sesuai dan komprehensif.

Ahmad menyatakan solidaritinya bersama rakyat Palestin dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terbunuh dalam kejadian itu.

[ads-post]



Pada ‘Great March of Return’ Jumaat lalu, 17 warga Palestin dibunuh oleh askar rejim Zionis, ketika mereka mengadakan tunjuk perasaan di lima lokasi di tepi sempadan Gaza-Israel, sementara 1,500 lagi cedera ditembak dan terkena gas pemedih mata.

Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) pula menggesa bantahan terhadap tindakan kejam rejim Zionis diadakan di seluruh dunia sebagai tanda sokongan dan solidariti bersama rakyat Palestin yang mahu pulang ke tanah tumpah darah mereka. – Hamas

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo