NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dewan Rakyat: Najib dijangka bubar Jumaat ini - Rahman Dahlan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada Jumaat ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. 

Ini berdasarkan pengamatannya bahawa sidang Dewan Rakyat akan ditangguhkan pada Khamis ini manakala mesyuarat Kabinet pula ditunda ke Jumaat, dan BN pula akan melancarkan manifestonya pada hari berikutnya. 

"Lagi senang untuk meneka, saya rasa kanak-kanak sekolah boleh memikirkannya," katanya. 

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga dipetik oleh agensi berita Reuters sebagai menyatakan pandangan yang sama. 

"Saya fikir Jumaat ini, mungkin... secara tradisinya kita akan melancarkan pelancaran manifesto selepas pembubaran parlimen, manifesto akan dilancarkan Sabtu ini," katanya. 

Tindakan itu bagi membolehkan pilihan raya umum ke-14 yang dianggap paling sukar buat parti pemerintah BN diadakan. 

Laporan itu menyebut Najib berada di bawah tekanan untuk mendapatkan mandat yang kukuh ketika dirinya bergelut dengan skandal berbilion dolar 1MDB di samping berdepan
kemarahan orang ramai terhadap kenaikan kos sara hidup. 

Mengikut precedent, manifesto BN lazimnya diumumkan pada Sabtu, minggu yang sama apabila Parlimen dibubarkan. 

Bagi pilihan raya umum ke-13, Parlimen dibubarkan pada Rabu, 3 April 2013, manakala manifesto BN diumumkan tiga hari kemudian. 

Manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 akan diumumkan Sabtu ini di Stadium Bukit Jalil.


[ads-post]

Najib mempunyai jadual yang ketat bermula esok hingga Khamis, meninggalkan hari Jumaat sebagai hari pengumuman embubaran. 

Berikutan pembubaran Parlimen, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh dua bulan. 

Walau bagaimanapun, tarikh pengundian secara luas dijangka ditetapkan sebelum 15 Mei, untuk mengelakkan bulan Ramadan yang suci.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo