Apabila PAS sokong RUU Anti Berita Tidak Benar..

oleh: Dr Azman Ibrahim


"Sokong RUU Anti Berita Tidak Benar bermakna PAS bersekongkol dengan Umno/BN.PAS cakap macam BN. Belum jadi parti pemerintah dah cakap macam BN."

Begitulah humor dari mulut pelbagai peringkat pimpinan PH yang sedang hangat dicanangkan di merata tempat. Antara yang paling lancang mulut mengeji PAS ialah seorang pemimpin utama DAP yang sedang dibicarakan kes dengan rasuah di Pulau Pinang dan hamba Allah yang masih tak kebah demam 'kalau saya tuhan...'

Cara mereka bercakap bagaikan merekalah pakar segalanya dan pimpinan PAS semua buta undang-undang. Mentaliti pemimpin PH, bila tak bersama mereka bermakna kamu bersama BN! Merekalah hakim yang akan menilai dan menjatuhkan hukuman dengan apa saja istilah terhadap orang yang tidak bersama mereka. Sebahagian berkelakuan macam gila talak. Masih merasa bahawa mereka menguasai PAS dan orang PAS mesti ikut mereka. Sebahagian lagi dilanda sindrom bahawalah akulah profesional yang faham dan reti dalam hal undang-undang dan pentadbiran. Dalam PAS semua Pak Lebai kampung belaka.

Portal yang paling galak memainkan isu ini ialah Malaysiakini. Portal yang kita semua kenali sebagai 'King of Spin' kenyataan pimpinan PAS.

Who are you nak paksa orang ikut pendirian kamu? PAS dah lawan Umno dari tahun 1951 lagi. Tahun 1955 PAS dah masuk pilihanraya lawan Perikatan dan menang satu kerusi parlimen. Di mana kamu semua ketika itu. Sebahagian mereka yang nak ajar PAS lawan Umno, diri sendiri baru 6 bulan lepas buang kad ahli Umno dari dompet. Sebelum ini kad ahli Umno inilah yang dijadikan teman tidur setiap malam sampai mimpi pun sebut Umno...Umno...

Saya tak nak ulas RUU Anti berita Tidak Benar dari aspek perundangan sebab ramai lawyer PAS akan ambil peranan dari aspek ini.Secara teknikal Ahli Parlimen PAs juga telah memberikan kenyataan panjang lebar.

Yang jelasnya pandangan orang pada PAS serba tak kena. Berkecuali ketika bajet dikecam, menolak Laporan Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya pun dikecam dan sekarang menyokong RUU Anti Berita Tidak Benar dituduh pula bersekongkol dengan BN. Beginilah bila PAS dipandang sebagai dara pingitan yang diintai pelbagai pihak. Orang boleh bercakap macam-macam, walau hakikat yang sebenarnya ramai yang cemburu dengan posisi PAS sedang berada sekarang. PAS tak perlukan pimpinan PH untuk menghakimi setiap keputusan dan gerak langkah perjuangan. Dari sibuk tentang PAS, baik tumpukan untuk selesai hal isu peribadi pimpinan PH dan urusan dalaman parti yang berkecamuk. Silap haribulan boleh dibatalkan pendaftaran oleh ROS.

PAS tampil sebagai sebuah parti pembangkang yang matang dan sejahtera. Pembangkang yang bijak bukanlah kerjanya membangkang 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tetapi pembangkang yang mengambil posisi check and balance kepada keputusan serta polisi kerajaan disamping kita menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat. Bukanlah pembangkang yang terpekik, terlolong, maki-hamun, caci herdik dalam parlimen macam kucing tercekik tulang! Teruskan kamu dengan cara kamu sebelum berehat makan pencen selepas PRU 14 nanti dengan izin Allah.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget