NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPR selesai jalankan urusan kajian persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan negeri bagi negeri-negeri Tanah Melayu


KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

SPR SELESAI JALANKAN URUSAN KAJIAN PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI BAGI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa pada hari ini urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagia-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu telah pun selesai dijalankan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 113(10), Perlembagaan Persekutuan. 
Oleh yang demikian, SPR telah pun menyerahkan Laporan Akhir berkenaan kajian tersebut kepada YAB Perdana Menteri untuk tindakan beliau selanjutnya.

2. Dengan penyerahan Laporan Akhir Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu itu bermakna tugas dan tanggungjawab SPR dalam melaksanakan urusan persempadanan semula ini telah selesai seperti mana ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

3. SPR merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan turut serta dalam memberikan input serta maklum balas ke atas syor Kajian Semula Persempadanan Bahagia-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu.

Sekian, terima kasih.


TAN SRI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia
PUTRAJAYA

Tarikh : 9 Mac 2018 / 21 Jamadil Akhir 1439H
________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo