Sempadan baru kawasan pilihan raya: Laporan dibentang, dilulus hari Khamis - Sumber




Kerajaan bercadang untuk membentangkan laporan mengenai sempadan baru pilihan raya baru pada hari Khamis, kata sumber yang rapat dengan BN.

Laporan muktamad Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai persempadanan semula akan menjadi urusan yang cepat dan diselesaikan dalam masa satu hari, sumber itu memberitahu Malaysiakini.

"Laporan itu akan dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan pada 22 Mac, semuanya dalam satu hari," kata sumber itu.

"Saya diberitahu perbahasannnya tidak panjang. Perbahasan akan bermula pada waktu pagi dan usul sempadan pilihan raya akan diluluskan pada jam 5 petang," katanya.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said untuk mendapatkan komen.

Adalah dipercayai bahawa laporan persempadanan semula itu akan dibentangkan minggu depan.

Pada hari Isnin, Berita Harian dan New Straits Times melaporkan Parlimen dibubarkan pada akhir Mac atau awal April.

Pilihan raya umum dijangka diadakan antara akhir April hingga awal Mei, sebelum bulan Ramadan bermula pada pertengahan bulan Mei.

Pengkritik mengkritik langkah tergesa gesa pembentangan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya itu di Parlimen, kerana bantahan membabitkan sebilangan kawasan masih belum didengar

BERSIH minggu ini mendakwa tindakan SPR itu tidak berperlembagaan, kerana hanya 20 peratus bantahan telah didengar.

Seperti yang ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa, hanya majoriti mudah dalam Dewan Rakyat diperlukan untuk meluluskan usul sempadan baru pilihan raya itu, tanpa perlu melalui Dewan Negara.

Persempadanan semula kawasan parlimen dan negeri akan berkuatkuasa sebaik sahaja usul itu menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong.




________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget