PPBM parti pengacau, bukan PAS – Takiyuddin




KUALA LUMPUR – “PPBM sebenarnya parti pengacau, bukan PAS,” kata Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan parti ‘pendatang baharu’ berbanding PAS lebih matang dalam arena politik.

Bagi beliau, siapa yang datang kemudian itulah sebenarnya pengacau.

“Kalau ikutkan sejarah PAS, kita sudah lebih lama berpengalaman dalam politik sudah 66 tahun usianya.

“Yang baru datang itu (PPBM) boleh dikatakan sebagai pengacau..(PRU14),” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi PPBM yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan PAS sebagai pengacau pada PRU14.

Bekas Perdana Menteri itu secara terbuka mendakwa parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak akan menang pada PRU14.

“Bulan (PAS) tak boleh menang pun, hanya buat kacau sahaja…bulan yang ada pun nak bantu BN (Barisan Nasional),” katanya semasa berucap pada program Pertemuan Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Gumum di Parlimen Pekan, Pahang 28 Februari lalu.

Program itu bagaimanapun tidak mendapat sambutan penduduk setempat apabila difahamkan khemah yang disediakan hanya dipenuhi anggota rombongan Pakatan Harapan dan petugas media sahaja. – MalaysiaGazette









________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget