Bandar Tun Razak: Khalid Ibrahim umum tak pertahan kerusi Parlimen





Anggota Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini tidak berparti, hari ini mengulangi pendirian tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) walaupun mengaku ada ‘disunting’ beberapa pihak untuk berbuat demikian. 

Katanya, beliau mahu memberi peluang kepada orang lain dan menumpukan perhatiannya kepada kerja-kerja sosial selepas ini. 

"Parti lama saya (PKR) pun ada jumpa saya, parti PAS ada pun ada tanya (berkenaan bertanding) tetapi saya telah buat keputusan untuk tidak bertanding," kata bekas Menteri Besar Selangor itu ketika ditemui di Bangunan Parlimen hari ini. 

Abdul Khalid, 72, berkata setelah lebih 10 tahun menjadi anggota Parlimen di Bandar Tun Razak, kawasan itu wajar mendapat nafas baharu daripada pemimpin baharu yang lebih muda dalam usaha menjaga kepentingan pengundi di situ. 

"Jadi saya rasa sudah cukup masa dan ingin memberi peluang tugas ini kepada mereka yang berminat jadi ahli parlimen di kawasan tersebut," katanya.

Pada PRU12 Abdul Khalid yang bertanding di bawah tiket PKR menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Tan Chai Ho dengan majoriti 2,515. 

Beliau kemudian mempertahankan kerusi itu pada PRU13 dengan menang majoriti 11, 832 undi dalam pertandingan empat penjuru antara BN, PKR dan dua calon Bebas. 

Abdul Khalid yang merupakan ahli korporat terkemuka negara sebelum menceburi politik pada 2007 dipecat daripada PKR pada 9 Ogos 2014 kerana mengingkari keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang sebulat suara memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. 

- Bernama
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget