NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masalah peniaga Pasar Pagi Inai, Pandan Indah perlu perhatian MPAJ



MASALAH PENIAGA PASAR PAGI INAI, PANDAN INDAH PERLU PERHATIAN MPAJ.



Saya telah melakukan tinjauan ke Pasar Pagi Inai dekat Stesyen LRT Pandan Indah pagi tadi.

Saya mendapati jumlah peniaga semakin berkurangan dan begitu juga pengunjung.

Oleh yang demikian para peniaga telah mengadu kepada saya bahawa pendapatan mereka semakin berkurangan.

Seorang peniaga, En Koo Ting Ming yang menjual suratkhabar dan roti telah menerangkan kepada saya secara terperinci masalah yang beliau hadapi.

Kata beliau, beliau boleh menjual di antara 30 hingga 40 akhbar setiap hari dan pulangan bagi setiap akhbar adalah 50 sen.

Beliau juga menjual pelbagai jenis roti dan purata pulangan bagi setiap roti yang dijual adalah 30 sen.

Pendapatan
beliau adalah sekitar RM20 sehari.

Walau bagaimanapun beliau perlu membayar RM4 setiap hari kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) untuk kos pembersihan dan pengurusan pasar tersebut.

Oleh yang demikian pendapatan bersih harian beliau adalah sekitar RM15 hingga RM16 sehari.

Beliau merayu agar bayaran kepada MPAJ ini diturunkan ke RM2.

Saya berpandangan permohonan dari En Koo ini wajar memandangkan bilangan peniaga yang kecil di pasar tersebut dan tidak menjana banyak sampah.

Tambahan pula para peniaga menguruskan sendiri pasar itu.

Saya akan membawa perkara ini kepada MPAJ untuk pertimbangan mereka.

Saya mencadangkan MPAJ tidak memungut caj ini setiap hari tetapi dua atau tiga hari sekali untuk meringankan beban peniaga.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka
Selangor D.E.
17 Januari 2018.












No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo